Diann's
  • Home
  • Biodata
  • Refleksi Diri
  • Tugasan

Pengalaman Dan Aktiviti Pada Minggu Ke-Sepuluh

11/18/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pada minggu ke-10, kelas tutorial diteruskan lagi dengan pembentangan daripada dua buah kumpulan. Tajuk yang dibentangkan oleh kumpulan Lovenia, Siti Norbayah dan Fadilah ialah bertajuk “Perisian Sumber Terbuka”. Manakala, tajuk pembentangan kumpulan Maliati dan Ezyan ialah “Perisian Asal dan Berlesen”.

Kedua buah kumpulan mengadakan sesi soal jawab di akhir pembentangan mereka dengan menyediakan 3 soalan objektif. Penilaian turut dibuat oleh kumpulan yang terpilih untuk menilai setiap pembentangan kumpulan. Cik Mazalah akan memberi komen dan pandangan sekiranya terdapat ada sebarang penambahbaikan.

Selain itu, Cik Mazalah telah menyemak borang soal selidik bagi setiap kumpulan. Borang soal selidik telah dibina menggunakan google form. Borang soal selidik diedarkan di dalam forum weebly “GE1155” bagi memudahkan responden untuk menjawab. Borang soal selidik bagi kumpulan kami mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian  A dan B. Kami menggunakan skala likert dalam borang soal selidik.

Kemudian, Cik Mazalah telah menerangkan berkaitan Tugasan 6. Kami diarahkan untuk membuat 2 brosur dengan menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Publisher berkaitan tajuk pembentangan kumpulan masing-masing. Brosur tersebut hendaklah menggunakan Prinsip Casper yang betul. Setiap ahli kumpulan perlu memilih satu brosur terbaik untuk dimuat naik dalam ruangan diskusi di I-folio.

Kedua brosur tersebut perlu dimuat naik dalam weebly masing-masing.

Akhir sekali, Cik Mazalah mengingatkan agar borang soal selidik dijawab oleh responden bagi memudahkan proses analisis data pada kelas tutorial minggu hadapan.


Sekian Terima Kasih.
0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    The Author

    All Right Reserved Life Story of Diann's.

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.