Diann's
  • Home
  • Biodata
  • Refleksi Diri
  • Tugasan

Pengalaman Dan Aktiviti Pada Minggu Ke-11

11/25/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada minggu ke-11, kelas tutorial dimulakan dengan pembentangan daripada 2 buah kumpulan lagi iaitu daripada Kumpulan 5 dan Kumpulan 10. Tajuk pembentangan kumpulan tersebut ialah E-Learning dan M-Learning. Manakala, 1 kumpulan lagi membentangkan hasil perbincangan mereka tentang Web 2.0.

Kumpulan pembentang yang pertama telah mendapat respon yang membina dan positif daripada Cik Mazalah dan rakan-rakan yang lain. Tidak kurang juga komen-komen yang negatif tetapi bermakna terhadap pembentangan mereka iaitu komen berkaitan penggunaan gambar yang melebih-lebih pada latar slaid adalah kurang sesuai dan tidak menepati kriteria prinsip casper.

Kumpulan pembentang yang kedua juga turut menerima komen positif dan juga negatif. Majoriti hasil daripada pembentangan-pembentangan yang telah dilakukan mudah untuk difahami serta menepati tajuk yang telah dipiliih.

Akhir sekali, aktviti yang dilakukan seterusnya yang dijalankan ialah pencerahan tentang cara menganalisis data. Dalam penerangan tersebut, Cik Mazalah telah menjelaskan bagaimana membina sesuatu graf menggunakan Microsoft Excel. Cik Mazalah juga ada menerangkan tentang cara untuk imentafsir sesebuah data yang telah dipersembahkan dalam bentuk grafik.
0 Comments



Leave a Reply.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    The Author

    All Right Reserved Life Story of Diann's.

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.