Diann's
  • Home
  • Biodata
  • Refleksi Diri
  • Tugasan

Pengalaman Dan Aktiviti Pada Minggu Ke-14

12/22/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia


Pada minggu ke-14, kelas tutorial dimulakan dengan menjawab soalan-soalan daripada borang soal selidik yang telah diagihkan oleh Cik Mazalah kepada setiap pelajar. Kami dikhendaki untuk menjawab setiap soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik tersebut.

Kemudian, Cik Mazalah telah menerangkan berkaitan tugasan-tugasan yang perlu ada di dalam Weebly, Forum dan Google Drive. Semua tugasan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 28 Disember 2014. 

Selain daripada itu, terdapat 8 buah tugasan yang perlu disiapkan pada setiap minggu. Setiap tugasan tersebut hendaklah diletakkan di Weebly dan dikongsi kepada Cik Mazalah melalui Google Drive. 

Ini merupakan minggu terakhir untuk kelas tutorial GE1155 Komputer Dalam Pendidikan ini.

Sekian, Terima Kasih. Jumpa lagi.
0 Comments

Pengalaman Dan Aktiviti Pada Minggu Ke-13

12/22/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini merupakan minggu ke-13 kelas tutorial GE1155. Kelas tutorial ini dimulakandengan mendaftarkan e-portfolio masing-masing di dalam Google Docs yang telah disediakan oleh Dr Fariza.


Selain itu, kami telah diarahkan untuk memberi url bagi blog Weebly masing-masing bagi memudahkan Cik Mazalah dan Dr Fariza  untuk memeriksa tugasan mingguan yang telah diberikan kepada kami.

Kemudian, Cik Mazalah meneruskan pengajaran dengan memberi penerangan dan tunjuk ajar dalam membuat jadual markah pelajar menggunakan Microsoft Excel. Kami telah diajar cara-cara untuk menggunakan nilai tambah, mode, min, sisian piawaian dan sebagainya dalam Microsoft Excel. Hal ini ialah bagi memudahkan penyimpanan data. Seterusnya, kami disuruh membuat graf daripada jadual data yang telah kami buat.


Sekian aktiviti minggu ketigabelas.
0 Comments

Pengalaman Dan Aktiviti Pada Minggu Ke-12

12/22/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Seperti biasa, kelas tutorial diteruskan dan dimulakan dengan pembentangan semula daripada kumpulan 5. Mereka telah diarahkan untuk melakukan semula pembentangan tersebut buat kali ke-2 disebabkan oleh pembentangan pertama yang dilakukan tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pensyarah kami iaitu Cik Mazalah. 

Ternyata pembentangan kali ke-2 mereka ini tidak menghampakan dan telah menepati kriteria yang diperlukan. Kumpulan tersebut telah menerima komen yang positif dan membina daripada Cik Mazalah. Pembentangan mereka lebih mudah difahami berbanding pembentangan mereka yang pertama.

Kemudian, kami telah membuat semakan mengenai cara-cara menganalisis data yang betul. Data-data yang telah siap dianalisis dan dibuat hendaklah ditunjukkan di dalam bentuk graf atau rajah. Seterusnya, Cik Mazalah telah membuat semakanmembetulkan apa-apa yang salah semasa membuat semakan. 
0 Comments

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    The Author

    All Right Reserved Life Story of Diann's.

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.